Tuesday, March 3, 2009

Cucuk Lagi

Sabtu lepas amik iron 200mg, aku muntah sekali.
Malam Ahad amik iron & obimin. Isnin dalam kol 2 petang sampai 4 pagi aku muntah setiap satu jam. Aku jumpa Kumar, dia kata mungkin ubat tak sesuai.

Dari semalam aku terbaring. Nattra pun aku tak amik. Malam tadi bapak dia bawak balik kol 1 pagi, tu pun dia dah tido. Dapatlah aku cium-cium & peluk-peluk dia.

Hari ni 2nd check up di klinik kerajaan. Doktor advice soh amik only obimin. Kena cucuk lagi. Taktau plak kali ni test darah apa. Next check up 12 Mac. Hmmm... minggu depan je. Hopefully semua will be ok.


No comments:

Post a Comment