Hari ni kalau ikut calendar, dah 21 minggu. tapi doktor kata baru 20 minggu @ 5 bulan.
early morning dah pegi check up dgn dr roslina. last check up aku lost weight 1kg. gamaknya terlampau banyak jalan masa kat spore kot.
hari ni timbang berat, ambikk kau. naik 3 kg. hahahaha. takpa. aku gi gym, instructor aku kata boleh low impact aerobics buat masa ni.
aku buat ultrasound scan nak tengok gender budak ni. alahai. dia kepitttttttttt peha dia tanak kasi mak dia tengok! hmmm...kalau malu2 tu, pompuan la gamaknya.
aku tanak scan dah. biarkan surpriseeee...
tak kisahlah gender apa. janji sihat wahai anakku. kalau kau girl, semoga kau putih macam bapakmu, walaupun tak leh lawan keanggunan ibumu. kalau kau boy, semoga kau hensem dan macho ikut muka ibumu. eekekke.
p/s: satan2 yg berkenaan, jgn komen tahap setan ok. huhuhuhu
dari jauh, EO aku nampak tersenyum2 tengok ke arah aku.
"eh. apsal aku tengok nana tu kembang semacam je? ." kata EO "kembang setaman ke puan?" tanya kawanku "dak aih. kembang semangkuk. aku nak dapat cucu ke?" entahlah puan. tanya lah dia sendiri."jawab kawanku tersengih-sengih
dah nampak. takleh nak sorok.
"hang jaga-jaga sikit nana. aku dok tengok hang melompat-lompat lari turun naik tangga."
Dalam 2, 3 hari ni aku asyik terpikir je tempat nak beranak. Semua orang dok push aku soh beranak kat hospital gomen sebab aku ni kuli gomen.
Betoi la jimat dan murah. mungkin layannya baik, mungkin tempatnya ok, mungkin doktornya bagus (kalau ada doktor! kadang2 bidan je yg sambut. huhuhu)
hmmm. takpalah.
memandangkan di tempat dulu, semuanya doktor pakar dan semuanya doktor perempuan, dan memandangkan aku bukan nak beranak banyak2, maka insyaallah aku beranak kat tempat dulu kot. . dengan izin Allah.
Hari ni genap 20 minggu dan saiznya lebihkurang 10.5 inci! Besar kan kan
Dalam minggu lepas baru aku terrrrperasan perutku membesar dengan kuat dan sihat. ;p tapi takda sapa pun yg perasan bahawa aku seorang wanita hamil. wahhhhhhhhhhhhhhhh
Ya Allah! Kenapa lah aku asyik burpburpburpppppppppppppppp... Dulu aku pelik tengok mak, kakak, adik aku dok burpppppppppppp.. mana la agaknya datang angin kus kus tu. sekali ambikkkk... aku plak dapat penyakit angin.
tapi doktor kata it's normal masa pregnant cuma masa nattra dulu takda lak angin. every pregnancy tu berbeza la. cuma nak masuk 30 tahun ni, letih sikit. dah tak cam dulu. dah tua la katakan. ngeh ngeh ngeh